Friday 3 July 2015

WARKAH BUAT SUAMI TERAKHIRKU....

Assalamualaikum w.b.t.. dan Salam Sejahtera..

Nizam & Putri
04.02.2013 - till jannah

Pertama sekali bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberi peluang kepada diriku untuk menikmati kebahagiaan di dunia dan merasai kenikmatan hidup berumahtangga bersama insan yang amat teristimewa iaitu suami tercinta Khairul Nizam Bin Razali.. Syukur Alhamdulillah... 

Buat suamiku yang amat sayang kasihi..
Sayang ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi suami sayang walaupun kita hanya kenal beberapa bulan sebelum menjadi suami isteri yang sah. Sayang amat yakin Abang dapat membahagiakan sayang seumur hidup hingga ke hujung nyawa. Syukur sekali lagi kepada Allah kerana kurniakan seorang suami yang sangat menyayangi diri ini. Sayang berjanji untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat abang sebab kita bernikah kerana Syurga yang Allah janjikan buat kita. Maafkan sayang andai kadangkala sayang terlupa tentang itu kerana sayang bukanlah seorang yang terlalu sempurna. Bimbinglah sayang.. Rumahtangga mana yang tidak ditimpa masalah sedangkan pantai juga dilanda badai ombak.Semua dugaan yang datang merupakan ujian daripadaNya untuk melihat kesabaran, kesungguhan dan tahap keimanan hambaNya dalam menghadapi ujian yang diberikan.


Abang, 
Percayalah abang sahaja dihati sayang. Tiada insan lain yang boleh menggantikan tempat abang di dalam hati sayang. Berjanjilah dengan sayang, jadilah suami terakhir untuk sayang. Sayang tak mampu hidup tanpa abang. Sayang takkan tinggalkan abang walau apapun yang terjadi. Ya Allah, kekalkanlah JODOH ini hingga ke Jannah dan peliharalah rumahtangga kami agar sentiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan dan dugaan yang merosakkan ikatan kami. Aaminn..

Ikhlas dari,
Isterimu...

Monday 15 June 2015

KHASIAT BUAH DELIMA V/S KOLESTROL TINGGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Wahhh lamanya saya tak update blog saya ni.. Oklah sebenarnya banyak hari dah saya nak post ni, tapi kerana sibuk memanjang, tak sempatlah nak update. Alhamdulillah hari ni saya cuti, sementara tunggu mak saya datang Kuantan, saya curi masa sket untuk share mende baik ni...

ni masa first time cek kolestrol..
Saya nak berkongsi apa yang terjadi kepada saya setelah 3hari selepas saya makan buah delima.. Saya merupakan seorang pesakit yang mengalami tahap kolestrol yang agak tinggi... Bacaan awal kadar kolestrol saya tahun 2014 ialah 10.9mmol/mm... Selepas tu saya berpuasa dan esokkannya saya cek semula di klinik kesihatan kerajaan... Still tinggi bacaannya 9.57mmol/L.. Doktor suggest saya hanya berdiet dengan makanan seimbang... Agak sukar bagi saya.. Almaklum jelaa Bab makan ni lebih² lagi yang ade cheese² ni... Sape boleh tolak... Hihihi.. So doktor refer saya berjumpa dengan dietician.. Dengar dietician tu bersyarah, semua yang dia cakap tu semua saya dah tahu dah.. Hihihi

Hampir setengah tahun saya check up, kolestrol saya xturun jugak... Walaupun saya "agak" berdiet.. Maintain dengan bacaan 7.98mmol/mm setiap kali saya cek. Sehinggalah saya request dengan doktor untuk makan ubat hospital. Mula² makan ubat tu rasa OK.. Tapi kolestrol tetap x turun... Bacaan maintain jugak... Saya pun rasa jemu nak makan ubat... So saya  lantak je buat xtau... Dah bosan makan ubat. Sehinggalah saya try makan buah delima. Dalam masa 2hari saya makan buah delima... Saya saje pegi pameran kesihatan di htaa. Mereka ada buat pemeriksaan kesihatan percuma, pagi tu saya xpuasa.. Saya dah minum air Milo sekotak... Tapi saje nak mengatal... Saya pergi juga cek.. Almaklumlah free kan... Masa diorg cucuk jari saya, saya buat selamber je... Style redho sbb dah tahu bacaan kolestrol saya mmg biasa² tinggi even puasa pun. Kalau x puasa lagi laaa.. Bila result dah terpapar tu, nurse tu bgtau saya... Hurm... Oklah kolestrol OK... Saya terkejut... Hah??? OK??? Berapa nurse??? Bacaan masa tu hanya 3.31mmol/mm... Pelik bin ajaib. Nurse tu tanye saya, kenapa xcaya?? Saya cakap Kat nurse tu... Mesin rosak kot... Nurse tu kata saya merepek sbb orglain cek ok je... Saya pun bgtau nurse tu... Yang kebiasaannya kolestrol saya mmg tinggi. So saya yakinlah dengan khasiat buah delima tu... Sampai sekarang pun saya amalkan makan buah delima... Buah dari syurga Allah... Alhamdulillah... Syukur....
Latet check.. Kolestrol turun mendadak.. Alhamdulillah...



Saturday 25 April 2015

PUNCA HATI JADI GELAP 😨

10 punca hati kita jadi gelap dan keras:

1-Suka melihat zina/maksiat/video lucah.
2-Suka melihat najis.
3-Suka bercakap kotor.
4-Suka berfikiran kotor.
5-Tidak solat.
6-Tidak baca al-Quran
7-Tidak bertahajjud.
8-Tidak berzikir.
9-Tidak berdoa.
10-Sombong dan angkuh.

Bagaimana nak bersihkannya?

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”

Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”

Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.

Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”

Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yg mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.

Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.

Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.

Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”

Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.

Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.

“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.

“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.

“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik.

17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Sunday 19 April 2015

Untuk Ibuku...

Daripadd Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian org yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya & orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')
Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “…Dan Kami wajibkan manusia b'buat baik kpd kedua ibu bapanya; ibunya tlh m'gandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; b'syukurlah kepadaku & kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.
Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri.
P/S : Ingatlah kawan2ku, adik - beradikku.. Syurga itu terletak dibawah tapak kaki Ibu, Kepada Bondaku Tercinta, Ruhani Rahman, Ros akan berbakti kepada Ma, selagi nyawa dikandung badan.. Ini JANJI Ros.. I heart emoticon U so Much Ma!!!!!!!!!!!.. Semoga ALLAH selalu merahmati hidupmu.. semoga ALLAH selalu melindungi hatimu dari segala keresahan dan kesedihan.. Im Promise!!!!!!!!!!!.. heart emoticon

kEWAJIPAN SEORANG ISTERI

Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:
* Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan, dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
*Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
*Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
*Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
*Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
*Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).
heart emoticon heart emoticon Isteri yang berhias diri untuk suami, menambah ilmu agama, sentiasa menjaga diri, dan rumah tangga, selain selalu melakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami adalah amalan yang baik yang dituntut agama. heart emoticon heart emoticon
— in Kuala Terengganu.
  • You, Aizuddin RusliHafizah Ghani and 8 others like this.
  • Rosma Putri Seorang suami tidak boleh membenci isterinya sampai menceraikannya hanya kerana satu kelakuan isterinya yang tidak menyenangkan. Tetapi hendaklah dipertimbangkan dengan perilaku lain yang menyenangkan dari isterinya. Begitu jua keadaannya bagi seorang isteri terhadap suaminya.
    Tugas seorang isteri di samping harus taat kepada Allah SWT hendaklah taat kepada suaminya. Sekiranya kedua-dua tugas ia dapat dilaksanakan dengan baik, maka syurgalah baginya. Sabda Rasulullah: “Jika seorang perempuan telah sembahyang lima waktu, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya pasti ia masuk syurga dari berbagai pintu yang dikehendakinya.” (Riwayat Ibnu Hibban)
    Sebagai perempuan atau wanita yang bergelar isteri, kita mempunyai satu kewajipan yang besar dan penting terhadap suami. Sebelum kewajipan lain dilaksanakan, kewajipan terhadap suami harus didahulukan. Manakala bagi lelaki mereka pula mempunyai kewajipan yang amat besar terhadap ibunya. Sejauh kemampuannya, ia perlu memenuhi setiap kewajipan terhadap ibunya, kerana itu kewajipan yang mesti dilaksanakan.
    Rasulullah bersabda: “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.” (Riwayat Al Bazzar).

Isteri Zaman Moden VS Pahala-pahala Yang Tidak Diketahui


Sekadar gambar hiasan
* Bangun lambat setiap pagi, suami yang siapkan hal-hal anak nak pegi sekolah. Dah nak keluar anak tu pergi sekolah, baru dia bangun. Ketahuilah bahawa wanita yang menyikatkan rambut anak-anaknya serta mencuci pakaiannya, Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makanan kepada seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
Rentetan peristiwa dekat atas, sarapan anak pun kadang ada, kadang takda. Sarapan suami pun juge takde.
* Tidur sendiri tanpa menghiraukan suami. Ketahui lah bahawa membentang tempat tidur suami sangat besar pahala dia. Para malaikat memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang :')