Assalamualaikum
w.b.t.... Sekadar berkongsi.. Lastweek Putri telah menghadiri Kursus Panduan
Asas Pengurusan Jenazah dari Aspek Kesihatan.. First time Putri join kursus
ni.. Memang sangat- sangat berbaloi.. Sebab fardhu kifayah ni WAJIB kita cari
kan? So, Putri dengan seikhlas hati nak share serba sedikit apa yang telah
Putri dapat dari Kursus Pengurusan Jenazah ni..
"Tiada pertemuan
yang tidak diakhiri oleh perpisahan dan tiada pula yang hidup yang tak disudahi
oleh mati. Demikianlah halnya setiap manusia akan merasa gembira dan bahagia
pada masa bertemu dengan orang yang dikasihi dan pada saat bayi yang ditunggu
lahir ke dunia ini. Sebaliknya, mereka akan merasa sedih dan dukacita ketika
berpisah dengan orang yang dikasihi dan di saat mati orang yang disayangi.
Tetapi hal ini terpaksa dihadapi dan tidak dapat dielakkan. Setiap manusia
tidak boleh lari dari mati sekalipun mereka berada dalam benteng-benteng yang
tinggi lagi kukuh."
1. APA HUKUM MENGHIAS KUBUR? LETAK SIMEN, BATU MARMAR, POKOK-POKOK TUMBUHAN, ANAK-ANAK BATU DAN SEBAGAINYA. ADAKAH TUMBUHAN DAN ANAK-ANAK BATU ITU DAPAT BERZIKIR UNTUK MAYAT?
- Hias kubur : haram kerana pembaziran dan takut disembah-sembah dan diagung-agungkan.
- Simen dan batu marmar : jika tanah persendirian, hukumnya makruh pada sesetengah pendapat Ulamak Syafie yang terkemudian.Ulamak-ulamak lain mengatakan haram. Jika tanah wakaf (seperti tanah perkuburan umum) maka sepakat mengatakan haram.
- Datang hadis yg menunjukkan digalakkan meletak pokok-pokok kecil dan tumbuhan hidup, syarat tidaklah besar dan merosakkan tanah perkuburan. Anak batu dikiaskan dengan pokok sebab setiap benda hidup bertasbih kepada Allah berdasarkan Ayat Al-Quran : Surah Al-Isra’, ayat 44.
2. HUKUM AUTOPSY (BEDAH SIASAT ). ADAKAH MAYAT TERSEKSA?
- Ya, mayat memang terseksa dengan perbuatan manusia kepada jasadnya. Adapun dari segi hukum, dibenarkan autopsy dalam masalah jenayah bagi menyelesaikan kes tersebut jika berkaitan dengan orang yang masih hidup, dengan syarat persetujuan waris si mati. Lain-lain keadaan tidak dibenarkan sebab menyiksa mayat.
3. MACAM MANA PENGURUSAN JENAZAH BAGI MAYAT YANG BERKECAI? Contohnya ( mayat kapal terbang terhempas atau eksiden )
- MANDI, KAFAN, SEMBAHYANG DAN KEBUMIKAN. Anggota tersebut dikutip dan dimandikan (dibasuh) jika boleh dikenakan air. Jika tidak, cukup dgn ditayammum. Kemudian dikafan (dibungkus dgn kain) disolatkan dan ditanam seperti biasa.
4. BAGAIMANA HENDAK MENGURUSKAN ANGGOTA BADAN YANG BERPISAH DARI TUBUH KITA DAN TAK DAPAT DISATUKAN KEMBALI SEDANGKAN KITA MASIH HIDUP (CONTOHNYA PATAH JARI).
- Sunat membungkus dengan kain dan menanam anggota tersebut kerana menghormati kejadian anak adam.
5. KALAU DALAM KES SEPERTI TSUNAMI, MACAMANA HENDAK MENGURUSKN MAYAT-MAYAT TERSEBUT YANG RAMAI DAN TIDAK TAHU AGAMA APA.
- Perlu menguruskan jenazah tersebut seperti pengurusan orang Islam jika terdapat di kalangan mereka orang Islam tetapi tak dapat dikenali. Kemudian disolatkan ke atas mereka dengan niat solat untuk jenazah orang Islam daripada mayat tersebut. Hukum ini seperti keadaan melibatkan kemalangan yang tidak dapat dikenali orang Islam daripada orang bukan Islam. Ia difatwakan oleh Syeikh Bin Baz, Syeikh Abd Razik Afifi, Syeikh Abdullah Ghadyan, Lujanh Fatwa dan Kajian Ilmiah (8/375).
6. MACAM MANA PERJALANAN RUH APABILA SESEORANG ITU MENINGGAL DUNIA? KENAPA KITA PERLU BERHATI-HATI SEMASA MENGURUSKAN JENAZAH? ADAKAH JENAZAH MERASA SAKIT JIKA BERKASAR?
- Urusan ruh adalah daripada ilmu yang tersembunyi di sisi Allah Taala. Cuma berdasarkan ayat Al-Quran dan hadis, ulamak mengatakan ruh manusia selepas keluar dari badan akan berada di sisi jasadnya dan melihat orang yang menangisi pemergiannya. Kemudia dia akan dihantar ke kubur untuk dikebumikan dan di dalam kubur akan dikembalikan ruh kepada jasadnya untuk di soal oleh malaikat mungkar dan nakir, samaada diberi nikmat atau disiksa. Kemudian ruh orang mukmin akan di tempatkan Illiyyin, dan ruh orang celaka akan di tempatkan di Sijjiin (al-Mutaffifin:7-21). Di sana mereka akan mendapat nikmat atau diberi azab. Kecuali ruh para syuhada’, mereka berada di dalam paruh burung warna hijau di dalam syurga, mendapat nikmat dari buah-buah syurga dll (hadis sahih). Terkecuali juga ruh para nabi, mereka berada di dalam kubur dalam keadaan mereka bersolat dan beribadat kepada Allah(hadis isra’ mikraj, Rasulullah melihat Nabi Musa bersolat dalam kuburnya)(sahih Muslim/Bab Kelebihan Musa A.S)
7. HUKUM TABUR AIR MAWAR DEKAT KUBUR?KENAPA PERLU TABUR?
- Tak perlu tabur. Hukumnya adalah bidaah. Yang disebut ulamak, ialah menjiruskan air sahaja, dengan tujuan untuk merapatkan tanah dan memadatkannya. Ada pun air yang berbau seperti air mawar, tidak disunatkan dan bidaah mewangikan kubur. (USTAZAH bagitau hari tu masa kursus kalau buat camtu dah macam mengikut upacara pengebumian orang Kristian plak ).
8. LELAKI-LELAKI ATAU WANITA-WANITA YANG MATI KETIKA IKUT SERTA DALAM PEPERANGAN (CONTOHNYA SEBAGAI JURURAWAT ATAU DOKTOR) . ADAKAH KENA URUSKAN JENAZAH SEPERTI BIASA ATAU DIKIRA SYAHID?
- Takrif syahid dalam istilah fiqh : Orang yang ikut serta berperang melawan kafir dalam medan perang. Adapun doktor dan jururawat yang ikut serta dalam peperangan untuk merawat orang Islam, maka tidak dikira syahid, kecuali dia turut ikut serta berperang. Namun begitu, mereka ini mendapat juga pahala syahid. Cuma tidak diuruskan seperti orang yang mati syahid dalam peperangan. Mereka dimandikan, dikafankan, disolat dan dikafan seperti biasa. Cuma pahala mereka besar, dan dikira syahid akhirat.
9. CINCIN DAN GIGI EMAS YANG TIDAK DAPAT DIKELUARKAN PADA MAYAT. MACAMANA NAK URUSKAN?
- Gigi emas, jika dapat buang kena buang kerana ia menjadi harta pusaka kepada waris. Jika tidak boleg dibuang, biarkan. Cincin juga demikian, kena buang kerana menjadi harta si waris. Jika tidak dapat, selepas dimandikan mayat tersebut, hendaklah ditayammumkan, kerana ganti kawasan yang tidak kena air itu.
10. ORGAN IMPLANTATION (JANTUNG, BREAST,KAKI, TANGAN DAN SEBAGAINYA YANG PALSU) PADA MAYAT. ADAKAH KENA BUANG?
- Tidak perlu buang, kerana menyiksa mayat.
11. KALAU JENAZAH SEDANG UZUR BAGI PEREMPUAN, ADAKAH PERLU MANDI WAJIB UNTUK DIA TERLEBIH DAHULU?
- Tidak perlu, sebab mandi mayat telah mencukupi untuk demikian itu.
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan kepada semua...

No comments:
Post a Comment