10 punca hati kita jadi gelap dan keras:
1-Suka melihat zina/maksiat/video lucah.
2-Suka melihat najis.
3-Suka bercakap kotor.
4-Suka berfikiran kotor.
5-Tidak solat.
6-Tidak baca al-Quran
7-Tidak bertahajjud.
8-Tidak berzikir.
9-Tidak berdoa.
10-Sombong dan angkuh.
Bagaimana nak bersihkannya?
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.
BAGAIMANA hendak membersihkan hati yang kotor? Dalam hal ini, Rasulullah saw pernah bersabda maksudnya: “Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.”
Lalu orang bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?”
Jawab Rasulullah: “Membaca al-Quran dan mengingati mati.” Membaca al-Quran dijelaskan di sini bagi membersihkan kekotoran di jantung yang didatangkan syaitan mengikut saluran darah.
Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran.
Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya.”
Baginda bersabda lagi: “Yang terbaik daripada kamu ialah yg mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.
Amalkan membaca al-Quran pada malam, terutama malam Jumaat dan malam-malam awal, pertengahan dan akhir bulan. Seperti yang diriwayatkan, al-Quran itu ada jantungnya seperti manusia yang mempunyai jantung dalam dirinya.
Yang dimaksudkan dengan jantung al-Quran ialah surah Yasin.
Justeru, hikmat membaca Yasin pada malam Jumaat, pada malam bulan Ramadan dan pada subuh menjelang hari raya adalah terlalu besar serta diampunkan dosanya.
Sabda Rasulullah: “Jantung al-Quran adalah surah Yasin. Tidaklah dibaca akan dia oleh seorang melainkan menghendaki keredaan Allah dan keselamatan pada hari akhirat dan Allah mengampuni dosanya.”
Ayat terbesar dan digelar raja segala ayat dalam al-Quran ialah ayat Kursi.
Hadis Nabi: “Sebesar-besar ayat di kitab Allah ialah ayat Kursi.
“Ada satu ayat yang menjadi penghulu daripada segala ayat.
“Jika dibaca ayat itu dalam sebuah rumah, sedangkan di dalamnya ada syaitan, maka keluarlah syaitan itu dari rumah itu.
“Ayat itu ialah ayat Kursi.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Firman Allah bermaksud: “Tidak akan diseksa hati yang terbendung dalamnya ayat-ayat suci al-Quran pada akhirat nanti.”
5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)
7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik.
17) Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.
Saturday, 25 April 2015
Sunday, 19 April 2015
Untuk Ibuku...
Daripadd Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, “Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?” Rasulullah SAW menjawab : “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” Kemudian aku bertanya, “Lagi siapa?” Rasulullah menjawab, “Bapamu, kemudian org yang paling hampir denganmu dan seterusnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya & orang yang ketagihan minuman keras.” (Sunan al-Nasai')
Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran, firman Allah SWT yang bermaksud, “…Dan Kami wajibkan manusia b'buat baik kpd kedua ibu bapanya; ibunya tlh m'gandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; b'syukurlah kepadaku & kepada kedua ibu bapamu; dan kepada akulah tempat kembalimu.” (Surah Luqman, ayat 14)
Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul-Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.
Perkahwinan seorang anak perempuan dengan seorang lelaki pula tidak memutuskan hubungannya dengan ibu bapa dan tidak pula menghilangkan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Perkahwinan adalah penambahan kepada tanggungjawab yang sedia ada bagi lelaki dan perempuan, dan bukan pengurangan. Yang kekal ialah prinsip menunaikan tanggungjawab ikut kemampuan kita. Islam tidak menuntut kita lakukan sesuatu lebih dari kemampuan. Bagi lelaki yang telah berkahwin, kebajikan ibu bapa mertua juga menjadi tanggungjawabnya sebab status ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa sendiri.
P/S : Ingatlah kawan2ku, adik - beradikku.. Syurga itu terletak dibawah tapak kaki Ibu, Kepada Bondaku Tercinta, Ruhani Rahman, Ros akan berbakti kepada Ma, selagi nyawa dikandung badan.. Ini JANJI Ros.. I heart emoticon U so Much Ma!!!!!!!!!!!.. Semoga ALLAH selalu merahmati hidupmu.. semoga ALLAH selalu melindungi hatimu dari segala keresahan dan kesedihan.. Im Promise!!!!!!!!!!!.. heart emoticon
kEWAJIPAN SEORANG ISTERI
Diriwayatkan pada satu hari, Isteri Rasulullah SAW yakni Saidatina Aisyah ingin mengetahui mengapa Baginda bersabda bahawa ramai wanita, terutama yang bergelar isteri menjadi penghuni neraka. Baginda kemudiannya bersabda:
* Ada wanita yang tidak sabar menghadapi kesusahan, kesakitan, dan dugaan seperti kesakitan melahirkan anak, melayan suami, dan melakukan kerja rumah.
*Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
*Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
*Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
*Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
*Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).
*Ada isteri yang tidak memuji dan tidak bersyukur di atas kemurahan Allah SWT yang didatangkan melalui suaminya hingga ada isteri tidak berterima kasih di atas apa juga pemberian suaminya.
*Ada wanita ingkar terhadap nikmat Allah SWT, Contohnya, apabila berlaku sesuatu pertengkaran, ada isteri yang mengatakan: “Sudah 10 tahun saya berkahwin dengan awak, tetapi tidak ada apa-apa pun”.
*Ada isteri suka bercakap perkara yang sia-sia, seperti mengumpat dan bercakap mengenai hiasan dan perabot rumah.
*Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuan dalam agama yang menyebabkan mereka sering terpedaya dengan pujuk rayu lelaki, rakan, jiran, dan terpengaruh dengan kemewahan duniawi.
*Isteri yang boleh mencium bau syurga ialah yang patuh kepada suami sama ada didalam keadaan susah atau senang (kecuali yang ditegah agama).
heart emoticon heart emoticon Isteri yang berhias diri untuk suami, menambah ilmu agama, sentiasa menjaga diri, dan rumah tangga, selain selalu melakukan sesuatu yang menyenangkan hati suami adalah amalan yang baik yang dituntut agama. heart emoticon heart emoticon
Isteri Zaman Moden VS Pahala-pahala Yang Tidak Diketahui
![]() |
| Sekadar gambar hiasan |
Rentetan peristiwa dekat atas, sarapan anak pun kadang ada, kadang takda. Sarapan suami pun juge takde.
* Tidur sendiri tanpa menghiraukan suami. Ketahui lah bahawa membentang tempat tidur suami sangat besar pahala dia. Para malaikat memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang :')
Labels:
isteri,
Keagamaan,
Kehidupan,
Nikah,
perkahwinan,
rumahtangga,
suami
TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.”
Ya Allah, bantulah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan isteri yang diredhai suami.. Aaminn Ya Rabbal Alamin... In Shaa Allah...
SUAMI TAHU KE??
Ada perkara yang ramai lelaki tak tahu... Yang ramai tahu biasanya bab tangungjawab, taat dan patuh seorang isteri kepada suami dan of courselah bab "tambah cawangan".. Tapi ramai tak suami2 kat luar sane yang tahu bab tangungjawab suami pada isteri???
Saya menulis ni berdasarkan daripada petikan video di Youtube oleh Ustaz Azhar Isrus (UAI)...
Suami WAJIB beri nafkah kepada isteri.. Jangan duk fikir pasal nafkah BATIN je.. Kita nak cakap bab nafkah zahir yang saya rasa zaman sekarang ni orang tak kisah sangat bab ni.. Kita semua tahu tak ape yang merangkumi nafkah zahir tu?? Saya ringkaskan setelah ape yang saya faham dan dengar dari apa yang UAI cuba terangkan... Nafkah Zahir tu ade beberapa kategori iaitu...
i - makan dan minum ( sehari 2x sehingga kenyang adalah WAJIB!, manakala SUNAT adalah lebih dari 2x sehari )
ii - pakaian ( 2pasang setahun 'complete set' yang menutup aurat/ pakaian dalam/ stokin/ kasut/ jilbab, dll.. )
iii - tempat tinggal ( rumah yg berpatutan & bersesuaian dgn keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.)
iv - alat bersih diri ( pencuci muka/ berus gigi/ syampoo/ tuala wanita/ dll )
v - perubatan @ keselamatan ( perawatan isteri di clinic atau hospital )
Asalnya suami kena sediakan makanan yang telah dimasak dan minuman yang telah dikuca siap untuk isteri. Tetapi jika suami ingin isteri yang masak, BOLEH! Tetapi dengan syarat suami kena beli alat atau bahan untuk memasak termasuklah periuk, kuali, dapur gas, dan sebagainya.. Duit boleh diberikan jika suami tiada masa nak beli bahan2 memasak tersebut, dan isteri boleh beli bahan memasak menggunakan duit yang suami bagi tadi. Itu juga telah dikira NAFKAH..
LAIN....
Isteri TAK WAJIB basuh baju suami, suami kena hantar dobi. Isteri tugasnya melayan suami sahaja bukan suruh buat kerja. So kalau mampu, suami kena sediakan pembantu rumah untuk isteri. Tetapi apabila suami suruh basuh baju suami, isteri kena patuh dan taat perintah suami dan isteri LAYAK meminta nafkah sebagai upah buat kerja rumah. Hukumnya DIBOLEHKAN tetapi dengan kadar yang munasabah. Jika suami tak mampu, SUNAT isteri HALALKAN, jika Isteri TAK HALALKAN maka jadi HUTANG SAMPAI MATI... UAI kata ramai yang tak tahu tentang ni...
Hidup suami isteri kena ada GIVE & TAKE... Jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat PAHALA sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP DAN WAJIB tanggungjawab suami. Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka HARAM dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.
Ingat …. jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.
Labels:
Keagamaan,
Keluarga,
Nikah,
rumahtangga,
suami,
Ustaz Azhar
UNTUK PARA SUAMI
SAIDINA Umar RA berpesan, apabila rasa tersinggung, tak puas hati atau marah kepada isteri, kenanglah sekian banyak pengorbanannya kepada kita. Begitu bersusah payah dia mengandung dan melahirkan anak kita.
Begitu bersungguh-sungguh dia menjaga makan minum kita, menguruskan segala hal ehwal rumah tangga. Terlalu banyak. Rasanya kalau ada neraca yang boleh diguna untuk menimbang pengorbanan dan jasa isteri kepada rumah tangga, bahagian kita akan teroleng-oleng di atas. Tidak terlawan dan tidak terbanding. Itu belum lagi dikira dengan dosa dan salah silap kita kepadanya di luar rumah. Kenakalan sinonim dengan kebanyakan suami. Itu kenyataan. Pesanan Saidina Umar RA itu lebih seribu tahun dahulu.
Pada zaman sekarang, hidup para isteri jauh lebih mencabar. Kalau dahulu, tanggung jawab isteri mungkin hanya di rumah, menguruskan suami dan anak-anak. Tetapi sekarang, keadaan sudah sangat jauh berubah. Tuntutan hak kesamaan taraf dan peranan oleh wanita generasi terkemudian, walaupun berjaya membawa kesan positif kepada mereka di satu bahagian tetapi di satu bahagian yang lain pula, meskipun status sosial mereka dianggap meningkat, pada masa yang sama bebanan untuk mereka juga bertambah berat.
Berdasarkan peringatan Saidina Umar RA kepada suami-suami, jasa dan pengorbanan isteri pada zaman ini, lebih daripada itu lagi sepatutnya yang dikenang. Bukan setakat tugasan tradisi iaitu mengandung dan melahirkan anak, menjaga suami dan rumah tangga sahaja seperti dahulu malahan pula bagi isteri-isteri yang bekerja, mereka bahkan turut berkorban untuk top up belanja rumah malahan ada juga yang terpaksa top up poket suami.
Itu belum lagi dikira suami-suami yang jenis ambil kesempatan, apabila isteri bekerja, mereka berpegang pada satu ajaran sesat iaitu duit suami, hak suami, duit isteri pun hak suami. Alasannya, mereka yang beri izin isteri untuk bekerja. Betullah untuk maksud itu tetapi nafkah isteri dan nafkah untuk anak-anak, ke laut ...
Sebut hal ini, walaupun sudah hendak masuk 20 tahun usia perkahwinan, saya sendiri sampai sekarang masih hairan, malah kadang kala jadi misteri bagi saya bagaimana orang perempuan (isteri) berbelanja. Gaji dia, tidaklah sebanyak saya tetapi kalau kira simpanan, banyaknya berganda-ganda berbanding saya. Belanja rumah, banyak juga dari bahagian dia. Ini yang buat saya sering berasa hairan! Kerana itu, wanita (isteri saya) bagi saya adalah keajaiban dunia yang kelapan, sepanjang zaman! Saya teringat pula pesanan ahli psikologi perkahwinan. Katanya, kalau nak berasa insaf, untuk lebih terkesan mengenang pengorbanan isteri, renunglah wajahnya ketika dia sedang nyenyak tidur.
Pada masa itu, nilaikanlah dengan sepenuh ikhlas, sepenuh rasa insaf akan jasa dan pengorbanan yang dia telah lakukan untuk diri kita. Dan pada masa yang sama juga, pancarkanlah terus dari mata hati, dari lubuk sanubari perasaan cinta dan kasih sayang yang sepenuhnya, hanya untuk dia.
Akhir kalam daripada saya, daripada pengalaman yang sudah banyak kali mencuba (untuk melakukan apa yang disaran oleh pakar psikologi perkahwinan ini), kita biasanya tidak akan sampai ke penghujung. Akan terhenti di pertengahan jalan.
Sebabnya?
Ya, sebabnya mudah sahaja. Apabila pandangan dengan sepenuh perasaan itu kita layurkan, di seluruh wajah, mata, hidung, kening, turun ke bibir, ia pasti akan berhenti agak lama di bibir. Selepas itu, skrip drama pasti akan berubah. Selamat mencuba!
HATI DAN PERASAAN ORANGLAIN PERLU DIJAGA
Pernah dengar x ayat camni???
√ "memang patut pun xde anak lagi, si polan tu bukannya suka kat budak²".. @
√ "itulah akibatnya kalau suka jaga tepi kain orang, Allah xbg lagi anak kat si polan tu..."
Itu semua bahana mulut orang yg lebih dasyat dari si polan yg Allah xkurniakan anak td... Fitnah! Suka² hati menjatuhkan hukuman kpd orglain...
STRESS PUNCA BREAST CANCER
Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan buat isteri makan hati. Orang Sudan sangat menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya.
Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri.
Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kenakeji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita,kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.
Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat. Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.
KERANA SEBUAH JANJI
Ada janji membawa bahagia, tidak kurang pula yang merana. Dari itu jangan berjanji. Kalau hanya meracun hati. Lawak lawak juga, tetapi sebenarnya janji adalah suatu perkara serius yang setengah orang suka ambil mudah.
Barangkali ia dipermudahkan kerana sudah terlalu biasa bermain di bibir atau selalu sangat didengar. Ia nampaknya seperti perkara biasa sahaja dalam kehidupan. Bagi sesetengah orang, menabur janji semudah menyebut alif, ba, ta atau abc.
Kita ketawa sahaja apabila kita diingatkan supaya jangan buat ‘janji Melayu’, walaupun maknanya tidak dapat dihuraikan dengan tepat. Yang boleh difahamkan ia selalu dikaitkan dengan waktu; janji tiba jam 10 pagi, tetapi sampai sejam lewat.
Tetapi yang serius ialah apabila janji dimungkiri. Kata orang alim, Islam menganggap janji itu sebagai suatu perkara yang besar dan menunaikan janji itu adalah tanggungjawab setiap orang yang membuat janji.
MENJAGA KESIHATAN DIRI CARA RASULULLAH S.A.W
SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
KAEDAH PENYUCIAN JIWA
DALAM kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada menghadapi masalah. Kebiasaannya timbul akibat daripada pelbagai punca sama ada kerana diri sendiri atau orang lain. Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: 'Allah meringankan bagi mu peraturan-peraturan agama dan manusia itu dijadikan bersifat lemah' (Surah al-Nisa':8). Perlakuan manusia yang menghadapi masalah berkaitan dengan pelbagai tindakan seperti kurangnya rasa sabar dalam diri, sentiasa gopoh gapah, suka bantah-membantah serta menyalahkan satu sama lain, rasa putus asa, tidak wujud rasa syukur, manusia mudah lupa dan sebagainya.
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
Beberapa kaedah penyucian jiwa kita perlu lakukan di mana sebahagiannya memang telah menjadi amalan sebahagian umat Islam saban hari. Antara amalannya seperti:
Tuesday, 14 April 2015
Talam Dua Muka 😱
I guess I met few people like this before and yet I'm meeting up two again. Disebabkan I'm just so bored to layan all this nuts dramas, I tend to ignore it. Something, some facts knocked my sense sebab silap hari bulan it's gonna effect myself or people surround me. Tapi pastinya akan dijauhi orang2 begini.. Crazy lil mind.
Jangan macam2, sebab betapa bertalamnya muka awak2 ni, sepandai2 tupai melompat, nanti akan jatuh berdepik jugak kat tanah tu.. Masa tu jangan nangis dah. Tak larat nak dengar, tak larat nak layan. Sebab you gonna repeat whole thing again.
Jangan macam2, sebab betapa bertalamnya muka awak2 ni, sepandai2 tupai melompat, nanti akan jatuh berdepik jugak kat tanah tu.. Masa tu jangan nangis dah. Tak larat nak dengar, tak larat nak layan. Sebab you gonna repeat whole thing again.
TARIK KERETA ( REPOSESSION )
Ilmu yang saya dapat masa kursus tadi tajuk "Pengurusan Wang Ringgit"... Sangat² berguna dan sukacitanya saya nak berkongsi dgn kawan² semua... Ade banyak tp cukup 1 ni je dlu...
Tentang Hutang Kereta... atau Loan Car dengan bank... Mmg kereta tu semua dah jadi keperluan untuk zaman sekarang ni, tapi tak semua jenis kereta yg kita idamkan tu mampu kita beli... Walaupun ada pihak ajen yang sanggup ubah payslip kite untuk luluskan loan kereta kita tu, persoalannya mampukah kita maintain bayar installment bulanan kereta tersebut??? Kat sini saya dapat sedikit pengetahuan untuk elakkan nama kite diblacklist atau di isytihar MUFLIS kerana tak dapat bayar hutang kereta... Kalau rasa tak mampu bayar, jangan tunggu orang tarik kereta sbb akan lebih merugikan kita nak kene tanggung kos orang tarik kereta kita lg... Sebelum orang tarik kereta kita, lebih baik kite serahkan sahaja kereta kita kepada pihak Bank... Pihak bank sendiri akan uruskan segalanya samada menjadualkan semula bayaran balik kereta atau buat lelong kereta kita dan kita terpaksa bayar sedikit kerugian dengan kadar lebih rendah daripada nama kita diblacklistkan @ CCRIS @ BANKRAP... Ingatlah semua... Janganlah jadi seperti orang " BIAR PAPA ASAL BERGAYA"... Ukur dibadan sendiri... Pakailah kereta yang hanya betul² ikut kemampuan kita... :)
Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?
Tentang Hutang Kereta... atau Loan Car dengan bank... Mmg kereta tu semua dah jadi keperluan untuk zaman sekarang ni, tapi tak semua jenis kereta yg kita idamkan tu mampu kita beli... Walaupun ada pihak ajen yang sanggup ubah payslip kite untuk luluskan loan kereta kita tu, persoalannya mampukah kita maintain bayar installment bulanan kereta tersebut??? Kat sini saya dapat sedikit pengetahuan untuk elakkan nama kite diblacklist atau di isytihar MUFLIS kerana tak dapat bayar hutang kereta... Kalau rasa tak mampu bayar, jangan tunggu orang tarik kereta sbb akan lebih merugikan kita nak kene tanggung kos orang tarik kereta kita lg... Sebelum orang tarik kereta kita, lebih baik kite serahkan sahaja kereta kita kepada pihak Bank... Pihak bank sendiri akan uruskan segalanya samada menjadualkan semula bayaran balik kereta atau buat lelong kereta kita dan kita terpaksa bayar sedikit kerugian dengan kadar lebih rendah daripada nama kita diblacklistkan @ CCRIS @ BANKRAP... Ingatlah semua... Janganlah jadi seperti orang " BIAR PAPA ASAL BERGAYA"... Ukur dibadan sendiri... Pakailah kereta yang hanya betul² ikut kemampuan kita... :)
Ramai yang masih keliru dan takut apabila hutang kereta tidak berbayar dan dikhuatiri kereta akan ditarik.Bila boleh ditarik? Siapa yang akan tarik? Berapa yang perlu dibayar?
Bila kereta boleh ditarik?
Kenderaan hanya boleh ditarik apabila seorang peminjam gagal menjelaskan bayaran bulanan hutangnya selama 2 bulan 21 hari atau apabila tunggakkan hutang mencecah 3 bulan.Mengikut kepada Hire Purchase act (akta Sewa Beli) apabila seorang peminjam gagal membuat bayaran selama 2 bulan atau mempunyai 2 bulan tunggakan maka syarikat atau bank diwajibkan menghantar suatu surat yang dipanggil 4th schedule atau Jadual keempat ( Notis penarikan kenderaan @ notice intention to repossessed). Surat ini memberitahu bahawa jika dalam masa 21 peminjam gagal menjelaskan bayaran maka kenderaan akan ditarik.
Friday, 10 April 2015
Ujian Allah..
Untuk suami tercinta Khairul Nizam Razali.. Keluarga tersayang & sahabat - sahabat yang dikasihi...
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan utk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya disebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar… Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kita kenal kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. Ujian, membuktikan bahawa disebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik. Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di0sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting. Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”..
Thursday, 9 April 2015
DOA Seorang Ibu...
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
· Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
· Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
· Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
· Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
· Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
· Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
Tuesday, 7 April 2015
AMANAT TERAKHIR ABAH...
![]() |
| Anakandamu sentiasa mendoakanmu... |
Tetiba dikala keresahan melanda jiwa, hati ini teringatkan wajah arwah abah yg sudah pergi lebih 5 tahun meninggalkan kami……Saat dia mendukung dan membisikkan azan di telinga kananku sehingga menjadikan aku seperti yang ada kini. Mata aku tidak berganjak melihat potret arwah abah bersama Bonda tercinta yang segar tersenyum memandangku..
Tatkala itu aku terfikir bagaimana jerihnya untuk membesarkan hati ini.Tak sempat untuk berbakti kepada tulang & keringat yang membesarkan diri ini, terkadang aku terfikir cukupkah segala jasa dan pengorbanan aku terhadap Abah selama ini. Jika dihikayatkan dalam seribu halaman sekalipun, takkan termampu apa yang telah Abah berikan kepadaku.
Sanggup berkorban apa saja demi kami 6 beradik. Tidak mempunyai harta, tetapi usaha tidak pernah putus harapan untuk menyara keluarga tercinta .
Monday, 6 April 2015
Photoshoot Wedding by KNRP Photo work 😎
Bertemu kembali.. Seperti yang dijanjikan.. Putri nak share hasil kerja kami Majlis Resepsi Rubi'atul Putri dan pasangannya.
Disebalik tabir Photoshoot outdoor Rubi & Zulfadli wedding..
Ini adalah julung kalinya KNRP Photowork beraksi dalam kerja khawin.. Majlis perkahwinan adinda saya Rubi'atul Putri the only one my Lil sister. Atas permintaan beliau, saya dan suami bersetuju untuk berkhidmat sebagai Photographer weddingnya. 😎
Lokasi pergambaran : Ladang Lembu Mardi, Jalan Rompin, Muadzam Shah.
Last year kitorg dah pernah buat photoshoot kat sini sempena Hari Raya Aidilfitri. Masa tu lalang kat situ panjang - panjang lagi. Cantik sangat. Tapi masa kitorg datang kali ni lalang dah kena tebang.. Tapi still cantik lagi. 💑
Subscribe to:
Posts (Atom)





