Kajian saintifik juga menunjukkan sebab utama kanser payu dara adalah tekanan (stress). Orang wanita ramai yang memendam perasaan. Jadi suami yang nak lihat isteri sihat, jangan buat isteri makan hati. Orang Sudan sangat menghormati wanita kerana menganggap semua wanita sebagai ibunya.
Wanita biar kasar dengan orang luar, lembut hanya dengan suami. Remaja wanita mohon jangan gedik2. Remaja lelaki hanya suka wanita gedik untuk jadi 'girlfriend', yang tak gedik baru jadikan isteri.
Isteri lemah lembut dengan suami, bukan dengan bos di pejabat. Sebelum tidur, maafkan orang lain. Suami isteri sebelum tidur kena saling berterima kasih, tanya 'performance for the day', tanya berapa markah sebagai suami, sebagai isteri. Suami isteri kena selalu 'check' akaun emosi. Bagaimana akaun emosi kita? Pujian, ucapan terima kasih akan tambah deposit akaun. Tapi kalau kenakeji, kena marah akan negatifkan akaun. Kita,kalau dipuji 10x, ditegur 1x akan dapat terima dengan mudah. Tetapi masalahnya hari ini, pujian xde, terima kasih xde, yang dapat hanyalah komen, kejian, jadi sebab itu wanita mudah merajuk. Sebab itu ramai pasangan bercerai kerana perkara kecil seperti tak gosok baju. Masalah sebenarnya akaun emosi negatif, sebab itu perkara kecil dan remeh memberi kesan besar, masalah sebenarnya ialah hidup tak bahagia.
Wanita jangan rasa lebih kerana berpangkat di pejabat. Jangan sekali-kali merasa lebih tinggi dari suami. Jangan cerita masalah rumah tangga dengan rakan lelaki atau wanita di pejabat. Orang lelaki pun kadang2 kalau dengan isteri orang memang simpati lebih, jadi wanita berjaga-jaga. Wanita kena jaga aurat, pergaulan di pejabat. Untuk cari rezeki halal, perlu jaga syariat agar mengalir keberkatan daripada rezeki tersebut. Wanita jangan suka sangat dipuji, pujian boleh menipu kita.
No comments:
Post a Comment