Sunday, 19 April 2015

SUAMI TAHU KE??

Ada perkara yang ramai lelaki tak tahu... Yang ramai tahu biasanya bab tangungjawab, taat dan patuh seorang isteri kepada suami dan of courselah bab "tambah cawangan".. Tapi ramai tak suami2 kat luar sane yang tahu bab tangungjawab suami pada isteri???
Saya menulis ni berdasarkan daripada petikan video di Youtube oleh Ustaz Azhar Isrus (UAI)...
Suami WAJIB beri nafkah kepada isteri.. Jangan duk fikir pasal nafkah BATIN je.. Kita nak cakap bab nafkah zahir yang saya rasa zaman sekarang ni orang tak kisah sangat bab ni.. Kita semua tahu tak ape yang merangkumi nafkah zahir tu?? Saya ringkaskan setelah ape yang saya faham dan dengar dari apa yang UAI cuba terangkan... Nafkah Zahir tu ade beberapa kategori iaitu...
i - makan dan minum ( sehari 2x sehingga kenyang adalah WAJIB!, manakala SUNAT adalah lebih dari 2x sehari )
ii - pakaian ( 2pasang setahun 'complete set' yang menutup aurat/ pakaian dalam/ stokin/ kasut/ jilbab, dll.. )
iii - tempat tinggal ( rumah yg berpatutan & bersesuaian dgn keadaan isteri, tak kira samada banglo, flet, rumah atas pokok, khemah, asalkan sesuai dan selamat untuk isteri.)
iv - alat bersih diri ( pencuci muka/ berus gigi/ syampoo/ tuala wanita/ dll )
v - perubatan @ keselamatan ( perawatan isteri di clinic atau hospital )
Asalnya suami kena sediakan makanan yang telah dimasak dan minuman yang telah dikuca siap untuk isteri. Tetapi jika suami ingin isteri yang masak, BOLEH! Tetapi dengan syarat suami kena beli alat atau bahan untuk memasak termasuklah periuk, kuali, dapur gas, dan sebagainya.. Duit boleh diberikan jika suami tiada masa nak beli bahan2 memasak tersebut, dan isteri boleh beli bahan memasak menggunakan duit yang suami bagi tadi. Itu juga telah dikira NAFKAH..
LAIN....
Isteri TAK WAJIB basuh baju suami, suami kena hantar dobi. Isteri tugasnya melayan suami sahaja bukan suruh buat kerja. So kalau mampu, suami kena sediakan pembantu rumah untuk isteri. Tetapi apabila suami suruh basuh baju suami, isteri kena patuh dan taat perintah suami dan isteri LAYAK meminta nafkah sebagai upah buat kerja rumah. Hukumnya DIBOLEHKAN tetapi dengan kadar yang munasabah. Jika suami tak mampu, SUNAT isteri HALALKAN, jika Isteri TAK HALALKAN maka jadi HUTANG SAMPAI MATI... UAI kata ramai yang tak tahu tentang ni...
Hidup suami isteri kena ada GIVE & TAKE... Jika isteri gunakan duitnya untuk perbelanjaan keluarga, isteri itu dapat PAHALA sedekah, tapi tidaklah bermakna suami boleh lepas tangan kerana nafkah zahir TETAP DAN WAJIB tanggungjawab suami. Nafkah-nafkah tersebut adalah HAK ISTERI. Jadi, jika isteri kata “abang tak payah beri nafkah” maka tidak berdosalah suami. Tetapi jika isteri perlu pada nafkah dan suami mengabaikannya, maka HARAM dan berdosa besarlah suami dan itu juga mengakibatkan solat dan segala amalannya yang lain tidak diterima.
Ingat …. jika isteri derhaka pada suami, segala amalan isteri ditolak; jika suami abaikan tanggungjawabnya pada isteri, segala amalan suami ditolak.

No comments:

Post a Comment