![]() |
| Anakandamu sentiasa mendoakanmu... |
Tetiba dikala keresahan melanda jiwa, hati ini teringatkan wajah arwah abah yg sudah pergi lebih 5 tahun meninggalkan kami……Saat dia mendukung dan membisikkan azan di telinga kananku sehingga menjadikan aku seperti yang ada kini. Mata aku tidak berganjak melihat potret arwah abah bersama Bonda tercinta yang segar tersenyum memandangku..
Tatkala itu aku terfikir bagaimana jerihnya untuk membesarkan hati ini.Tak sempat untuk berbakti kepada tulang & keringat yang membesarkan diri ini, terkadang aku terfikir cukupkah segala jasa dan pengorbanan aku terhadap Abah selama ini. Jika dihikayatkan dalam seribu halaman sekalipun, takkan termampu apa yang telah Abah berikan kepadaku.
Sanggup berkorban apa saja demi kami 6 beradik. Tidak mempunyai harta, tetapi usaha tidak pernah putus harapan untuk menyara keluarga tercinta .
Aku juga pasti, jika dikumpulkan semua benda paling berharga di dunia ini pun belum tentu setanding dengan nilai pengorbanan yang pernah abah berikan. Hakikatnya, Dikala ini aku tidak dapat membayangkan wajah Abah disaatnya menghembuskan nafas terakhir… Kerana Allah tidak memberi kesempatan itu kepadaku...
Aku juga pasti, jika dikumpulkan semua benda paling berharga di dunia ini pun belum tentu setanding dengan nilai pengorbanan yang pernah abah berikan. Hakikatnya, Dikala ini aku tidak dapat membayangkan wajah Abah disaatnya menghembuskan nafas terakhir… Kerana Allah tidak memberi kesempatan itu kepadaku...

Ya Rabbi… setelah menerima berita kepemergian Abah, aku terus terkulai layu, airmata tiada henti mengalir, memecut keretaku dari Kuala Terengganu dengan keadaan separuh sedar, aku merempuh segala laluan tanpa menghiraukan amaran polis.. Alhamdulillah, aku selamat tiba dirumah, melihat Bondaku yang begitu tabah menghadapi musibah ini, memeluk erat bondaku menahan airmatanya...
Aku masuk ke bilik, memeluk kain-kain Abah.. Melihat peralatan mandian jenazah.. Terasa bagaikan mimpi.. Tidak terbayang carikkkan kain putih untuk dipakaikan badan arwah Abah.. Tidak sempat memberi Satu kucupan terakhir untuk mu Abah..
Melihat "wheel chair" yang beliau idamkan hanya sempat 2hari menggunakannya. Tinggallah semua kenangan aku bersama Abah, masih terasa Abah mengenggam erat tanganku.. Takku sangka, itulah kali terakhir aku bersama Abah.. Saat terindah aku bersama dengannya, membawa Abah makan angin di Kuala Terengganu. Melihat diari Abah, setiap apa yang berlaku dihari - harinya, walaupun tidak berapa mana, tp mungkin baginya, amat besar nilainya..
Setelah kepemergiaannya, tiada lagi tempat aku mengadu selain Bondaku tercintaku..
Sehingga kini cerita² tentang abah, selalu diceritakan oleh Bondaku, merasakan Abah masih lagi ada bersama kami.. Pengorbanan Abah tiada tandingannya..

Hati aku kemudian berbisik. Doa! Ya, doa buat Abah. Doakan kesejahteraannya. Doa agar dia terus berdamping dengan-Nya. Doa yang baik-baik untuk Abah. Doa! Doa! Doa! . Mungkin aku tak mampu membayar segala nilai pengorbanan Abah. Tetapi dengan berdoa untuk insan yang paling aku cintai itu, aku pasti itu yang terbaik..
Al -Fatihah.... Allahyarham Haji Mohd Nor B. Jusoh..
![]() |
| amanat terakhir ABAH... |


No comments:
Post a Comment