Friday, 3 July 2015

WARKAH BUAT SUAMI TERAKHIRKU....

Assalamualaikum w.b.t.. dan Salam Sejahtera..

Nizam & Putri
04.02.2013 - till jannah

Pertama sekali bersyukur kehadrat ilahi kerana telah memberi peluang kepada diriku untuk menikmati kebahagiaan di dunia dan merasai kenikmatan hidup berumahtangga bersama insan yang amat teristimewa iaitu suami tercinta Khairul Nizam Bin Razali.. Syukur Alhamdulillah... 

Buat suamiku yang amat sayang kasihi..
Sayang ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi suami sayang walaupun kita hanya kenal beberapa bulan sebelum menjadi suami isteri yang sah. Sayang amat yakin Abang dapat membahagiakan sayang seumur hidup hingga ke hujung nyawa. Syukur sekali lagi kepada Allah kerana kurniakan seorang suami yang sangat menyayangi diri ini. Sayang berjanji untuk menjadi seorang isteri yang terbaik buat abang sebab kita bernikah kerana Syurga yang Allah janjikan buat kita. Maafkan sayang andai kadangkala sayang terlupa tentang itu kerana sayang bukanlah seorang yang terlalu sempurna. Bimbinglah sayang.. Rumahtangga mana yang tidak ditimpa masalah sedangkan pantai juga dilanda badai ombak.Semua dugaan yang datang merupakan ujian daripadaNya untuk melihat kesabaran, kesungguhan dan tahap keimanan hambaNya dalam menghadapi ujian yang diberikan.


Abang, 
Percayalah abang sahaja dihati sayang. Tiada insan lain yang boleh menggantikan tempat abang di dalam hati sayang. Berjanjilah dengan sayang, jadilah suami terakhir untuk sayang. Sayang tak mampu hidup tanpa abang. Sayang takkan tinggalkan abang walau apapun yang terjadi. Ya Allah, kekalkanlah JODOH ini hingga ke Jannah dan peliharalah rumahtangga kami agar sentiasa aman dan damai serta dijauhi daripada segala cubaan dan dugaan yang merosakkan ikatan kami. Aaminn..

Ikhlas dari,
Isterimu...

No comments:

Post a Comment